MISTER POTATO JINJJA CRUNCH (“Peraduan”)
Sila baca terma-terma dan syarat-syarat (“Terma dan Syarat”) ini dengan teliti sebelum anda menyertai Peraduan ini. Dengan menyertai Peraduan ini, anda (“Peserta”) mengakui telah membaca dan bersetuju untuk menerima dan mematuhi Terma dan Syarat ini. Pihak Penganjur berhak untuk mengubahsuai Terma dan Syarat ini pada bila-bila masa tanpa perlu memberi sebarang notis terlebih dahulu.
No. | Komponen | Perkara |
1. | Pihak Penganjur | Mamee-Double Decker Distribution (M) Sdn. Bhd. dan syarikat-syarikat sekutunya. |
2. | Peraduan | MISTER POTATO JINJJA CRUNCH |
3. | Kelayakan | Terbuka kepada warganegara dan pemastautin tetap Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas pada tarikh Peraduan bermula kecuali kakitangan Pihak Penganjur termasuk ahli keluarga terdekat mereka, syarikat-syarikat sekutunya, pembekal / pengedar, agensi promosi / pengiklanan / perhubungan awam dan pihak lain yang terlibat dalam Peraduan ini. |
4. | Tempoh Peraduan | a. Peraduan ini akan berlangsung dari 17 Julai 2025 hingga 17 November 2025. b. Semua penyertaan mesti diterima oleh Penganjur pada atau sebelum 23:59:59 (waktu Malaysia) pada 17 November 2025. Sebarang penyertaan yang diterima di luar Tempoh Peraduan ini akan dibatalkan secara automatik. c. Untuk penyertaan bulanan, Penganjur akan menerima penyertaan pada atau sebelum 23:59:59 (waktu Malaysia) pada tarikh akhir setiap “Bulan Peraduan” seperti yang tertera di bawah:
d. Pihak Penganjur berhak untuk mengubah, melanjutkan atau menamatkan Tempoh Peraduan menurut budi bicaranya tanpa perlu memberi sebarang notis terlebih dahulu. |
5. | Cara-cara penyertaan Peraduan | a. Beli mana-mana Produk Mister Potato (aneka perisa) bernilai sekurang–kurangnya RM10.00 dalam satu resit/invois rasmi dari mana-mana kedai fizikal atau melalui pembelian dalam talian di platform e-dagang rasmi Pihak Penganjur sahaja dalam Tempoh Peraduan. Setiap resit/invois tersebut layak untuk satu (1) penyertaan sahaja. b. Imbas kod QR yang terpapar pada bungkusan Produk Mister Potato atau bahan komunikasi yang terdapat di kedai atau pasar raya yang mengambil bahagian atau layari https://misterpotatojinjjacrunch.mymenang.com. c. Lengkapkan borang Peraduan dalam talian (online) dan lampirkan gambar seluruh resit pembelian yang jelas. Pastikan semua maklumat diisi dengan betul dan tepat. d. Tekan butang ‘Hantar ke WhatsApp’. Apabila aplikasi WhatsApp anda dibuka, tekan ‘Hantar’ untuk menghantar maklumat yang telah siap diisi. e. Simpan resit/invois pembelian asal bertarikh dalam Tempoh Peraduan dengan butiran resit/invois yang sepadan dengan penyertaan yang dihantar sebagai “Bukti Pembelian”. f. Bukti Pembelian yang dihantar mestilah bertarikh dalam Tempoh Bulan Peraduan yang sama dan tidak diterima untuk Bulan Peraduan yang lain.
|
6. | Penyertaan sah | Hanya penyertaan yang lengkap dan menepati Terma dan Syarat Peraduan (“Penyertaan”) sahaja akan diterima oleh Pihak Penganjur. |
7. | Maklumat Peserta | Peserta dikehendaki menghantar maklumat seperti nama penuh & nombor kad pengenalan untuk tujuan pengesahan maklumat dan penyimpanan rekod Peraduan. |
8. | Had penyertaan | a. Para Peserta boleh menghantar seberapa banyak penyertaan yang diingini tetapi setiap penyertaan mesti disertakan dengan butiran yang diperlukan dan Bukti Pembelian yang berlainan. b. Para Peserta tidak dibenarkan untuk menghantar lebih daripada satu (1) penyertaan dengan Bukti Pembelian yang sama kepada Penganjur. c. Sekiranya Bukti Pembelian yang sama diterima oleh Penganjur dalam pelbagai penyertaan, penyertaan yang paling awal diterima akan diambil kira. Penganjur mempunyai hak mutlak untuk menolak mana-mana penyertaan selepas itu dengan Bukti Pembelian yang sama, sama ada dengan nama Peserta yang lain atau sebaliknya. |
9. | Cara pemilihan pemenang | a. Hadiah Bulanan 1 & 2 Sebagai sebahagian daripada proses pemilihan pemenang Hadiah Bulanan 1 & 2, Penganjur akan memperuntukkan nombor bersiri untuk setiap Penyertaan yang diterima dan diluluskan oleh Penganjur sepanjang Tempoh Peraduan (masing-masing “Penyertaan Layak” dan secara kolektif “Penyertaan Layak”). Satu set nombor bersiri akan diperuntukkan untuk Penyertaan Layak bermula dari nombor bersiri “1”. Setiap nombor bersiri yang diperuntukkan untuk setiap Penyertaan Layak akan disusun kira untuk mendapatkan jumlah keseluruhan Penyertaan Layak (“Jumlah Penyertaan Layak”). Sebagai contoh, dengan mengandai Jumlah Penyertaan Layak yang diterima untuk sepanjang Tempoh Peraduan adalah 14,125, Penganjur akan mengira dan memilih pemenang yang di senarai pendek berdasarkan contoh berikut: 14,125 ÷ 56.5 = 250 Penyertaan yang di senarai pendek untuk Hadiah Bulanan 1 & 2 adalah penyertaan nombor bersiri ke-250 dan nombor bersiri berikutnya dengan penggandaan 250. Contoh nombor bersiri pemenang yang di senarai pendek, 250, 500, 750 dan 1,000. Seramai 56 Pemenang akan dipilih sepanjang Tempoh Peraduan. Daripada 56 Pemenang yang dipilih, 8 Pemenang terawal akan memenangi Samsung Galaxy Buds 3 Pro setiap satu, 8 Pemenang seterusnya akan memenangi Nintendo Switch OLED setiap satu, manakala 40 Pemenang terakhir akan memenangi RM70.00 PIN Tambah Nilai Touch ‘n Go eWallet setiap satu. Formula pembundaran akan dilakukan jika bilangan penyertaan yang menang timbul nilai perpuluhan, nombor itu akan dibundarkan ke bawah kepada nombor satu digit terdekat dan nombor siri berbilang akan dipilih sebagai pemenang. b. Hadiah Bulanan 3 Sebagai sebahagian daripada proses pemilihan pemenang Hadiah Bulanan 3, Penganjur akan memperuntukkan nombor bersiri untuk setiap Penyertaan yang diterima dan diluluskan oleh Penganjur sepanjang Tempoh Peraduan (masing-masing “Penyertaan Layak” dan secara kolektif “Penyertaan Layak”). Satu set nombor bersiri akan diperuntukkan untuk Penyertaan Layak bermula dari nombor bersiri “1”. Setiap nombor bersiri yang diperuntukkan untuk setiap Penyertaan Layak akan disusun kira untuk mendapatkan jumlah keseluruhan Penyertaan Layak (“Jumlah Penyertaan Layak”). Sebagai contoh, dengan mengandai Jumlah Penyertaan Layak yang diterima untuk sepanjang Tempoh Peraduan adalah 14,250, Penganjur akan mengira dan memilih pemenang yang di senarai pendek berdasarkan contoh berikut: 14,250 ÷ 28.5 = 500 Penyertaan yang di senarai pendek untuk Hadiah Bulanan 3 adalah penyertaan nombor bersiri ke-500 dan nombor bersiri berikutnya dengan penggandaan 500. Contoh nombor bersiri pemenang yang di senarai pendek, 500, 1,000, 1,500 dan 2,000. Seramai 28 Pemenang akan dipilih sepanjang Tempoh Peraduan. Daripada 28 Pemenang yang dipilih, 8 Pemenang terawal diterima akan memanangi Samsung Galaxy Tab S9 FE+ WiFi setiap satu, manakala 20 Pemenang seterusnya akan memenangi RM70.00 PIN Tambah Nilai Touch ‘n Go eWallet setiap satu. Formula pembundaran akan dilakukan jika bilangan penyertaan yang menang timbul nilai perpuluhan, nombor itu akan dibundarkan ke bawah kepada nombor satu digit terdekat dan nombor siri berbilang akan dipilih sebagai pemenang. c. Hadiah Bulanan 4 Sebagai sebahagian daripada proses pemilihan pemenang Hadiah Bulanan 4, Penganjur akan memperuntukkan nombor bersiri untuk setiap Penyertaan yang diterima dan diluluskan oleh Penganjur sepanjang Tempoh Peraduan (masing-masing “Penyertaan Layak” dan secara kolektif “Penyertaan Layak”). Satu set nombor bersiri akan diperuntukkan untuk Penyertaan Layak bermula dari nombor bersiri “1”. Setiap nombor bersiri yang diperuntukkan untuk setiap Penyertaan Layak akan disusun kira untuk mendapatkan jumlah keseluruhan Penyertaan Layak (“Jumlah Penyertaan Layak”). Sebagai contoh, dengan mengandai Jumlah Penyertaan Layak yang diterima untuk sepanjang Tempoh Peraduan adalah 14,165, Penganjur akan mengira dan memilih pemenang yang di senarai pendek berdasarkan contoh berikut: 14,165 ÷ 51.5 = 275 Penyertaan yang di senarai pendek untuk Hadiah Bulanan 4 adalah penyertaan nombor bersiri ke-275 dan nombor bersiri berikutnya dengan penggandaan 275. Contoh nombor bersiri pemenang yang di senarai pendek, 275, 550, 825 dan 1,100. Seramai 51 Pemenang akan dipilih sepanjang Tempoh Peraduan. Daripada 51 Pemenang yang dipilih, Pemenang ke-17 yang di senarai pendek akan memenangi Hadiah Utama, 20 Pemenang terawal diterima (kecuali Pemenang ke-17) akan memenangi Hadiah Pertama setiap satu, manakala 30 Pemenang seterusnya akan memenangi Hadiah Kedua setiap satu. Formula pembundaran akan dilakukan jika bilangan penyertaan yang menang timbul nilai perpuluhan, nombor itu akan dibundarkan ke bawah kepada nombor satu digit terdekat dan nombor siri berbilang akan dipilih sebagai pemenang. d. Pemenang akan diumumkan selepas setiap Bulan Peraduan tamat di https://www.facebook.com/misterpotatocrisps dan https://www.instagram.com/misterpotato_my. |
10. | Hadiah yang ditawarkan | Para pemenang berpeluang memenangi hadiah yang berikut: Hadiah Bulan 1 & 2
Hadiah Bulan 3
Hadiah Bulan 4
|
11. | Had peserta memenangi hadiah | Setiap peserta layak untuk memenangi maksimum satu (1) hadiah sahaja sepanjang Tempoh Peraduan. |
12. | [jika berkaitan] Terma dan Syarat khas | Penyertaan yang diterima akan disemak dan disahkan berdasarkan perkara-perkara berikut: a. Semua maklumat yang diminta dan diperlukan dalam borang penyertaan dalam talian (online) diisi dengan betul dan tepat. b. Gambar Bukti Pembelian yang dilampirkan menunjukkan dengan jelas produk yang turut serta dan bilangan yang dibeli, nombor resit/invois, tarikh resit/invois dalam Tempoh Peraduan, nilai pembelian dan nama kedai. c. Hanya resit/invois pembelian bercetak yang asal dan sah dengan maklumat dan butiran produk yang jelas dan lengkap akan diterima. Resit/invois yang sukar dibaca, rosak, diubah, disalin semula, dicetak semula (copy/duplicate), diperolehi secara tidak sah, tersalah cetak atau kesilapan lain atau cetakan tidak jelas atau tidak mengandungi maklumat yang diperlukan adalah tidak sah dan tidak akan diterima. Penganjur mempunyai budi bicara mutlak dan hak untuk membatalkan kelayakan mana-mana resit/invois tidak sah tersebut tanpa sebarang notis terlebih dahulu. d. Untuk pembelian dalam talian (online), tangkap layar butiran pesanan, termasuk ID pesanan dan pengesahan bahawa pesanan telah dibayar, dihantar dan selesai akan diterima. Peserta mesti bersedia untuk memberikan resit/invois pembelian yang sepadan atas permintaan Penganjur. e. Resit/invois tanpa deskripsi produk atau deskripsi produk yang tidak jelas, resit/invois manual atau tulisan tangan, nota penghantaran, slip transaksi kad kredit/debit, tangkap layar e-resit/invois dan tangkap layar transaksi bank atau e-dompet tidak akan diterima sebagai bukti pembelian. |
13. | Pemberitahuan pemenang | a. Pihak Penganjur akan menghubungi para peserta yang terpilih sebagai pemenang melalui nombor telefon agensi promosi 017- 6754437 dalam masa tiga (3) minggu selepas tarikh tamat Tempoh Bulan Peraduan. Pihak Penganjur akan berusaha menghubungi para peserta yang terpilih sebagai pemenang berdasarkan butiran yang diberikan di dalam Penyertaan melalui telefon sebanyak dua (2) kali percubaan. Sekiranya peserta tidak dapat dihubungi pada cubaan pertama, contohnya, tidak menjawab telefon atau tidak membalas mesej, nombor telefon tiada dalam perkhidmatan, tiada sambungan, dan lain-lain, dua (2) cubaan lain akan dibuat lagi dalam tempoh dua puluh empat (24) jam yang berikutnya selepas cubaan pertama. Sekiranya percubaan-percubaan ini tidak berhasil, kelayakan pemenang tersebut akan dibatalkan. Pihak Penganjur tidak akan bertanggungjawab sekiranya peserta-peserta tidak dapat dihubungi atas sebarang sebab. Sekiranya peserta terpilih tidak dapat dihubungi, Pihak Penganjur berhak untuk memilih pemenang layak yang seterusnya. b. Para pemenang yang layak dikehendaki menghantar kepada pihak Penganjur semua resit asal dan salinan kad pengenalan dalam tempoh tiga (3) hari bekerja selepas tarikh pemberitahuan. Sekiranya gagal, kelayakan pemenang tersebut akan dibatalkan. c. Semua Hadiah PIN Tambah Nilai Touch ’n Go eWallet akan dihantar kepada pemenang melalui WhatsApp kepada nombor telefon pemenang yang diberikan dalam penyertaan Peraduan. Penganjur tidak akan bertanggungjawab sekiranya nombor telefon tersebut salah, tidak sah atau tiada dalam perkhidmatan. |
14. | Tempoh Tuntutan Hadiah | a. Sekiranya pemenang diminta untuk menuntut hadiah yang dimenangi, maka para pemenang hendaklah menuntut hadiah mereka di lokasi dan dalam tempoh yang ditetapkan oleh Pihak Penganjur (“Tempoh Tuntutan Hadiah”). Sekiranya pemenang gagal menuntut hadiah mereka (sama ada menuntut hadiah secara sendiri atau menuntut hadiah melalui wakil yang dicalonkan oleh pemenang) dalam Tempoh Tuntutan Hadiah yang diperuntukkan, Pihak Penganjur berhak menarik balik hadiah tersebut atau memberikan hadiah tersebut kepada peserta/pemenang yang lain. b. Untuk hadiah yang dihantar terus kepada pemenang, bukti penghantaran adalah bukti penerimaan dan penyerahan hadiah. Penganjur akan mengambil langkah berjaga-jaga tetapi tidak akan bertanggungjawab sekiranya hadiah tidak diterima atau lewat. |
15. | Hadiah Wang Tunai (sekiranya terpakai) | a. Hadiah wang tunai akan diberikan melalui transaksi perbankan tanpa tunai. Pemenang dikehendaki untuk memberikan nama bank, nombor akaun bank dan maklumat peribadi yang betul dan sah bagi tujuan penyampaian hadiah kepada pemenang. Pihak Penganjur mengambil masa kira-kira dua (2) minggu atau lebih dari tarikh pemenang dihubungi bagi tujuan pemindahan wang hadiah kepada pemenang. Sila pastikan nama pemegang bank dan bank akaun adalah milik pemenang sendiri dan setiap pemenang yang terpilih perlulah memberikan kerjasama dengan memberikan maklumat yang diperlukan dalam tempoh masa yang telah ditetapkan oleh Pihak Penganjur untuk memudahkan proses penyerahan hadiah tersebut. b. Pihak Penganjur mengambil masa kira-kira dua (2) minggu atau lebih dari tarikh pemenang dihubungi bagi tujuan pemindahan wang hadiah kepada pemenang. |
16. | Pengesahan Identiti | Para pemenang perlu mengemukakan bukti identiti mereka bagi tujuan pengesahan. Pemenang yang memerlukan wakil untuk menuntut hadiah bagi pihak mereka hendaklah memastikan bahawa wakil tersebut mengemukakan surat kebenaran yang ditandatangani oleh pemenang, dan surat kebenaran tersebut hendaklah dilampirkan bersama-sama sesalinan bukti identiti pemenang dan bukti identiti wakil. |
17. | Terma dan Syarat Hadiah | a. Pemenang mungkin dikehendaki untuk menghadiri upacara penyampaian hadiah di Lembah Klang pada tarikh dan masa yang ditetapkan oleh Penganjur. Kegagalan untuk hadir akan menyebabkan kelayakan pemenang dan hadiah dibatalkan. b. Semua hadiah yang dituntut adalah tertakluk kepada terma dan syarat seperti yang dinyatakan dalam surat pengesahan / perjanjian hadiah / baucar hadiah. Hadiah mesti dituntut dalam tempoh yang ditetapkan. Pihak Penganjur berhak untuk menggantikan hadiah dengan hadiah yang lain yang sama nilainya tanpa sebarang notis. Hadiah tidak boleh ditukar kepada wang tunai atau dipindahkan milik. Semua hadiah yang disediakan oleh Pihak Penganjur adalah atas dasar “sebagaimana sedia adanya” atau “as-is” dan diterima oleh Peserta/pemenang tanpa apa-apa jenis waranti atau jaminan, sama ada secara tersurat atau tersirat. Jika diminta oleh Pihak Penganjur, Peserta hendaklah menyempurnakan surat ikatan pelepasan dan tanggung rugi, ataupun “waiver and indemnity” dalam bentuk yang ditetapkan oleh Pihak Penganjur. |
18. | Tuntutan/Penghantaran hadiah | Pihak Penganjur berhak menentukan cara penghantaran, tuntutan atau penebusan hadiah dan Pihak Penganjur tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kesulitan, kerosakan, atau kehilangan hadiah yang berlaku semasa proses penghantaran atau tuntutan hadiah. |
19. | Hak atas maklumat penyertaan dan bukti pengesahan | a. Semua maklumat penyertaan dan bukti pembelian yang dikemukakan oleh para Peserta untuk menyertai Peraduan ini akan menjadi hakmilik Pihak Penganjur. Jika berkenaan, hakcipta dan semua hak harta intelek (termasuk hak moral) yang wujud dalam semua Penyertaan, bukti pembelian dan bahan-bahan lain yang dikemukakan atau diserahkan oleh Peserta kepada Pihak Penganjur termasuk tetapi tidak terhad kepada bahan digital atau bukan digital, akan menjadi kepunyaan Pihak Penganjur. b. Di mana individu lain menyertai Peraduan bagi pihak Peserta, Peserta dengan ini mengakui bahawa kebenaran individu tersebut telah diperoleh dan semua maklumat yang diberikan adalah benar. |
20. | Kebenaran menggunakan butiran Peserta | Dengan menyertai Peraduan ini, Peserta/pemenang bersetuju dan memberi kebenaran kepada Pihak Penganjur untuk menggunakan nama, alamat, gambar, imej, rakaman audio dan/atau video, butiran peribadi, dokumen dan maklumat lain Peserta/pemenang bagi tujuan pengiklanan, pemasaran, publisiti dan/atau apa-apa tujuan lain, tanpa perlu memberi sebarang notis terlebih dahulu dan tanpa perlu memberi sebarang bayaran royalti atau pampasan kepada pihak Peserta/pemenang, dan Peserta/pemenang dengan ini memberi kebenaran kepada Pihak Penganjur setakat perlu di bawah undang-undang untuk penerbitan dan penggunaan nama, alamat, gambar, imej, rakaman audio dan/atau video, butiran peribadi, dokumen dan maklumat lain Peserta/pemenang tersebut. Peserta/pemenang tidak berhak menuntut hakmilik atau apa-apa jua bentuk pampasan lain terhadap maklumat tersebut. |
21. | Hak Milik Intelektual | Pihak Penganjur berhak, menurut budi bicara tunggal dan mutlaknya, untuk menggunakan dan mengeksploitasi harta intelek melalui mana-mana kaedah atau perantara dan dalam apa jua cara dan pada bila-bila masa yang dianggapnya wajar tanpa terlebih dahulu mendapatkan apa-apa kebenaran atau membuat apa-apa pembayaran pun jua kepada Peserta dan/atau pemenang Peraduan ini dan/atau wakil. |
22. | Penyingkiran Peserta/ Pemenang | a. Pihak Penganjur berhak, menurut budi bicara tunggalnya, menyingkirkan mana-mana Peserta/pemenang yang mengganggu mekanisme, sistem, perisian Peraduan ini atau apa-apa proses lain berkaitan dengan Peraduan ini. b. Pihak Penganjur berhak, menurut budi bicara tunggalnya, menyingkirkan mana-mana Peserta dan/atau Penyertaan yang didapati (menurut budi bicara Pihak Penganjur) tidak sopan atau tidak sesuai untuk tatapan umum, atau didapati atau disyaki menipu/menggodam/mengusik proses penyerahan Peraduan, pengendalian Peraduan ini atau melanggar apa-apa Terma dan Syarat Peraduan ini. Pihak Penganjur berhak untuk meneruskan tindakan undang-undang terhadap mana-mana individu yang dipercayainya terlibat dalam aktiviti penipuan atau aktiviti lain yang memudaratkan Peraduan ini, Pihak Penganjur atau proses penyerahan Peraduan. |
23. | Am | a. Pihak Penganjur dan kesemua pihak lain yang terlibat dalam Peraduan ini termasuk tetapi tidak terhad kepada pengarah, pegawai dan ejen mereka tidak bertanggungjawab dalam apa-apa cara sekalipun terhadap yang berikut:
b. Pihak Penganjur berhak meminda terma dan syarat atas budi bicaranya tanpa sebarang notis. Segala keputusan oleh Pihak Penganjur adalah muktamad dan sebarang surat-menyurat, rayuan, aduan atau soalan berhubung dengan keputusan tersebut tidak akan dilayan. c. Pihak Penganjur, agen, penaja dan wakilnya tidak akan bertanggungjawab untuk melaksanakan apa-apa kewajipan mereka berhubung dengan Peraduan dan Terma dan Syarat ini dan peraturan berhubung dengan Peraduan jika mereka tidak dapat berbuat demikian disebabkan keadaan di luar kawalan mereka dan tidak bertanggungjawab untuk memberikan pampasan kepada Peserta dalam apa cara jua dalam keadaan sedemikian. |
24. | Terma-terma dan Syarat-syarat Tambahan | a. Dengan menyertai Peraduan ini, anda dianggap telah membaca, memahami, dan bersetuju data peribadi anda diproses mengikut Notis Privasi seperti yang terdapat di https://mamee.com/pdpa-bm/ atau https://mamee.com/pdpa-english/(versi Bahasa Inggeris). b. Peserta menjamin, berakujanji dan bersetuju bahawa maklumat Penyertaan yang diserahkan (termasuk apa-apa foto, lukisan, gambar, slogan, apa-apa bahan atau karya kreatif lain, termasuk rakaman suara atau video) hendaklah karya aslinya dan tidak melanggar apa-apa hak mana-mana pihak ketiga dan/atau melanggar sebarang hakcipta, paten, nama cap dagangan, hak keempunyaan, peribadi, privasi atau hak moral mana-mana pihak ketiga. c. Peserta menjamin, berakujanji dan bersetuju bahawa dia mengenepikan dan mengabaikan atau telah mendapatkan pengenepian atau pengabaian terhadap semua hak (termasuk hak moral) daripada semua orang yang telah menyumbang kepada penghasilan Penyertaan dan karya dasar (secara kolektif “Penyumbang”) yang berhak ditegaskan oleh Penyumbang dan/atau Peserta, kini atau di masa hadapan, di mana-mana tempat di dunia. d. Peserta menjamin, berakujanji dan bersetuju bahawa Penyertaan yang diserahkan oleh Peserta tidak boleh mengandungi unsur-unsur kebogelan, imej pornografi atau tema seksual, keganasan grafik, kenyataan atau bahan memfitnah atau melibel yang dianggap menyalahi undang-undang/ menyinggung atau mungkin melanggar undang-undang Malaysia atau bahan yang kemungkinan akan mencemarkan imej Pihak Penganjur atau menyebabkan Pihak Penganjur mendapat nama buruk. Sebarang pelanggaran klausa ini akan memberikan budi bicara mutlak kepada Pihak Penganjur untuk menyingkirkan dan menolak dan/atau mengeluarkan apa-apa Penyertaan atau posting dengan serta-merta tanpa notis terdahulu. e. Peserta menjamin, berakujanji dan bersetuju bahawa Pihak Penganjur mempunyai hak tunggal untuk menggunakan atau mengeksploitasi Penyertaan Peserta atau mana-mana bahagian daripadanya dalam sebarang dan semua bentuk perantara melalui apa-apa dan semua kaedah atau cara di seluruh dunia untuk tempoh penuh hakcipta termasuk semua pembaharuan bersama-sama dengan hak untuk memberi kuasa orang lain untuk berbuat demikian tanpa perlu membayar apa-apa imbuhan atau royalti kepada Peserta. Untuk mengelakkan keraguan, Pihak Penganjur tidak mempunyai kewajipan untuk menggunakan atau mengeksploitasi mana-mana bahagian daripadanya. f. Peserta menjamin, berakujanji dan bersetuju bahawa dia tidak akan menggunakan Penyertaan atau mana-mana bahagian daripadanya bagi tujuan selain daripada tujuan yang ditetapkan dalam Terma dan Syarat. Sekiranya Penyertaan atau mana-mana bahagian daripadanya diterbitkan atau diedarkan atau ditangani dalam apa jua cara tanpa kebenaran terdahulu daripada Pihak Penganjur, Pihak Penganjur berhak menurut budi bicara mutlaknya menyingkirkan Peserta dan/atau membatalkan apa-apa hadiah yang dimenangi dan tidak akan menanggung apa-apa liabiliti pun jua terhadapnya. g. Semua hak dan keistimewaan yang diberikan di dalam ini kepada Pihak Penganjur tidak boleh dibatalkan dan tidak tertakluk kepada pembatalan, sekatan atau injunksi dalam sebarang dan semua keadaan. Peserta tidak akan dalam apa jua keadaan berhak mendapat relief injunksi atau untuk menahan atau sebaliknya mengganggu penganjuran Peraduan ini, penerbitan, pengedaran, pameran dan/atau eksploitasi Peraduan ini dan/atau apa-apa produk berdasarkan dan/atau yang berpunca daripada Peraduan ini. h. Pihak Penganjur berhak pada bila-bila masa untuk mengubah, meminda, memotong atau menambah Terma dan Syarat dan peraturan lain termasuk mekanisme Peraduan ini menurut budi bicara mutlaknya. i. Penyerahan Penyertaan tidak menjamin bahawa Peserta akan memasuki Peraduan ini. Pihak Penganjur mempunyai budi bicara mutlak untuk menolak atau enggan menerima penyerahan Penyertaan dan kemasukan Peserta atas sebab-sebab termasuk (tanpa had) jika Penyertaan adalah tidak lengkap atau apa-apa peruntukan dalam Terma dan Syarat tidak dipatuhi. j. Pihak Penganjur berhak menyingkirkan dan/atau mengecualikan Peserta dan/atau menarik balik hadiah (pada mana-mana peringkat Peraduan) jika –
k. Jika berlaku penyingkiran selepas hadiah diberikan, Pihak Penganjur berhak menuntut agar hadiah dipulangkan atau pembayaran nilai yang bersamaan dengannya daripada Peserta yang disingkirkan. l. Meskipun Pihak Penganjur akan berusaha sedaya upaya untuk melakukan penentusahan yang perlu mengenai kelayakan Peserta, kegagalan untuk menyingkirkan mana-mana Peserta yang tidak layak tidak akan dianggap kemungkiran oleh Pihak Penganjur. m. Jika berkenaan, hadiah tunai akan diberikan kepada pemenang dalam bentuk cek. Pemenang hadiah tunai bertanggungjawab atas sebarang dan semua cukai yang perlu dibayar (jika perlu) akibat pemberian atau penerimaan hadiah dan semua caj perbankan yang berkaitan (termasuk caj cek luar) yang dikenakan oleh bank untuk menjelaskan ceknya. n. Peserta tidak boleh mempertikaikan atau membuat apa-apa aduan lisan atau bertulis, pengumuman atau kenyataan awam mengenai Peraduan ini sama ada semasa atau selepas Tempoh Peraduan. o. Jika mana-mana terma di dalam ini tidak sah, menyalahi undang-undang atau tidak boleh dikuatkuasa, ini tidak akan menjejaskan atau memudaratkan penguatkuasaan Terma dan Syarat lain Peraduan ini. p. Kecuali dinyatakan sebaliknya, semua kos pengangkutan, caj internet, kos peribadi dan/atau sebarang kos, fi lain dan/atau apa jua jenis perbelanjaan yang ditanggung oleh Peserta berhubung dengan Peraduan ini (sama ada bagi tujuan memasuki, menyertai atau menerima apa-apa manfaat atau hadiah daripada Peraduan) atau bagi tujuan penebusan hadiah atau perjalanan yang berkaitan adalah tanggungjawab pemenang semata-mata, dan Pihak Penganjur, ahli gabungan, agen sah atau agensi sertaannya tidak akan menanggung apa-apa tanggungjawab pun jua untuk kos/caj/fi/perbelanjaan ini. q. Pihak Penganjur, ahli gabungannya, pihak ketiga yang dibenarkan dan agensi sertaan tidak menanggung apa-apa tanggungjawab atas penyertaan yang hilang, rosak, terlewat disebabkan perkhidmatan pos, atau disebabkan oleh kesilapan komputer, IT atau apa-apa kesilapan teknologi. Peserta bertanggungjawab memastikan penyertaannya mematuhi semua peraturan dan Terma dan Syarat Peraduan, dan bahawa penyertaannya diterima oleh Pihak Penganjur dalam bentuk yang dikehendaki oleh Pihak Penganjur. r. Dengan menyertai Peraduan ini, semua peserta bersetuju melepaskan dan memastikan Pihak Penganjur, ahli gabungan dan agensinya, dan pekerja, pegawai, pengarah dan wakil mereka tidak dipertanggungjawabkan atas sebarang tuntutan, kerugian atau gantirugi berbangkit daripada atau berhubung dengan penyertaan mereka dalam Peraduan ini (termasuk tetapi tidak terhad kepada, apa-apa kesilapan dalam mengira apa-apa transaksi, sebarang kerosakan atau kepincangan mana-mana sistem komputer atau peralatan), apa-apa aktiviti berkaitan Peraduan ini dan penerimaan dan/atau penggunaan, penyalahgunaan, atau milikan apa-apa hadiah yang diberikan di bawah ini. Semua kos yang ditanggung oleh Peserta berkaitan dan/atau berhubung dengan Peraduan dan hadiah, termasuk tanpa had, caj pos atau caj Penyedia Perkhidmatan Internet (ISP) (jika berkenaan), semua kos pengangkutan, caj komunikasi penginapan, kos makanan dan kos berkaitan lain yang ditanggung oleh Peserta disebabkan oleh dan/atau selaras dengan penyertaannya dalam Peraduan, kos pungutan dan kos tambahan berkaitan dengan hadiah iaitu kos insurans, dll. hendaklah ditanggung semata-mata oleh Peserta. Pihak Penganjur tidak mempunyai apa-apa kewajipan untuk membayar balik Peserta untuk sebarang kos dan perbelanjaan yang ditanggung olehnya. s. Peserta mengakui bahawa penyertaannya dalam Peraduan ini adalah atas risikonya sendiri. t. Pihak Penganjur, agen, penaja, wakil, ahli gabungannya dan pengarah, pegawai dan pekerja, agen dan penerima serah hak mereka masing-masing tidak akan bertanggungjawab kepada mana-mana Peserta berhubung dengan:
|
25. | Keadaan di Luar Kawalan | Pihak Penganjur, agen, penaja dan wakilnya tidak akan bertanggungjawab untuk melaksanakan apa-apa kewajipan mereka berhubung dengan Peraduan dan Terma dan Syarat ini dan peraturan berhubung dengan Peraduan jika mereka tidak dapat berbuat demikian disebabkan keadaan di luar kawalan mereka dan tidak bertanggungjawab untuk memberikan pampasan kepada Peserta dalam apa cara jua dalam keadaan sedemikian. |
26. | Perlindungan Data | Pihak Penganjur mengambil langkah berjaga-jaga yang sewajarnya untuk menyimpan data peribadi peserta yang selamat dan memerlukan pemproses data pihak ketiga untuk melakukan perkara yang sama. Sila ambil perhatian bagaimanapun, pihak Penganjur boleh mengemukakan data peribadi Peserta jika dikehendaki berbuat demikian oleh undang-undang, atau dengan waran geledah, sepina atau perintah mahkamah. |
27. | Penyerahan | Pihak Penganjur berhak untuk menyerahkan sebarang atau kesemua hak dan tanggungjawabnya dalam Terma dan Syarat ini kepada mana-mana syarikat sekutunya mengikut budi bicara mutlak Pihak Penganjur. Peserta juga bersetuju yang sebarang kebenaran yang diberikan dalam Terma dan Syarat ini kepada Pihak Penganjur akan berlanjut kepada syarikat-syarikat sekutu Pihak Penganjur di mana Peserta akan dianggap turut memberikan kebenaran tersebut kepada syarikat-syarikat sekutu Pihak Penganjur terbabit. |